FAQ




ISU BERKAITAN INVENTORI BAHAN P&P

Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan berhubung perkara ini merangkumi:

1. TUJUAN UTAMA INVENTORI
Inventori ini dibangunkan bagi menghimpunkan semua bahan P&P yang telah dibangunkan oleh pensyarah Politeknik Malaysia dengan harapan bahan yang dibangunkan dapat dikongsi bersama dengan warga politeknik lain bagi mengoptimumkan kegunaan bahan berkenaan. Selain itu menjadi rujukan kepada pensyarah dalam pembangunan baharu bahan berkenaan.

2. KEKELIRUAN TERMA ‘PANGKALAN DATA’
Inventori ini akan disimpan secara atas talian melalui aplikasi Google Form (dalam format Microsoft Excel). Pangkalan Data merujuk kepada fail Microsoft Excel berkenaan.

3. PIHAK BERTANGGUNGJAWAB DI POLITEKNIK 
Politeknik perlu melantik individu/ Jawatankuasa/ Bahagian/ Unit yg bertanggungjawab terhadap inventori ini di politeknik berdasarkan Lampiran 1 surat yang diedarkan

4. HAK CIPTA/HARTA INTELEK
Hak cipta bahan adalah kekal milik penulis, melainkan dinyatakan sebaliknya (hak milik bersama antara politeknik atau pihak luar).

5. ADAKAH INVENTORI INI HANYA MERUJUK KPD BAHAN YANG DIUPLOAD DLM CIDOS SAHAJA?
Inventori ini merujuk kepada semua bahan yang dibangunkan, samada ianya diupload di dalam CIDOS atau diterbitkan, atau diedarkan melalui lain2 medium berkaitan.

6. ADAKAH KELAK BAHAN INI PERLU DIUPLOAD KE CIDOS?
Menjadi harapan JPP untuk menghimpunkan semua bahan yang dibangunkan dalam data sepusat bagi kemudahan akses oleh pensyarah dalam politeknik yang sama atau politeknik lain dan pelajar pada masa akan datang. Sasaran buat masa ini ialah utk menghimpunkan senarai inventori bahan berkenaan

No comments:

Post a Comment